14 June 2009

Aku & Utara Malaysia

Aku bersama ‘kawan baik’ aku bertolak dari rumah aku di Bukit Beruntung kira2 jam 1305hrs. Berbekalkan Naza Citra yang diliputi debu akibat malas untuk dibasuh sehinggakan cermin kereta itu semakin gelap. Tapi berbekalkan semangat untuk menyahut seruan kerajaan Malaysia untuk melancong di dalam Negara aku teruskan jugak perjalanan ini. Aku memilih untuk mengikuti jalan lama untuk memulakan kembara ini. Tiba di Bandar Ipoh pada lebih kurang jam 1600hrs kami rehat sebentar di Bandar ini. Aku flash back seketika sewaktu aku mengambil diploma di sini, sungguh banyak kenangan manis & pahit telah aku tempuh disini. Tiba2 aku terasa rindu plak dkt orang kat Ipoh ni... Lamunan aku terhenti (cewah mcm lagu aris ariwatan) kemudian aku teruskan perjalanan aku ke utara melalaui jalan yang ade TOLyol. Dari tol jelapang aku memecut enjin 2.0 tu dengan berhemah dan tidak sampai sejam sudah sampai di Jambatan Penang. Aku berada di atas jambatan itu sewaktu waktu puncak, so... jem lah seketika disitu. Sampai di pulau penang aku terus check in di sebuah hotel. Sewaktu check in aku memilih bilik untuk 2 orang, kemudian encik yg ade kat receptionist tu bertanyakan adakah aku membawa teman wanita ke hotel itu? Aku pun jawablah tidak. Jelas kelihatan muka encik itu tersenyum (hotel ini mengamalkan homoseksual ke?), aku terus ke bilek untuk mandi & segarkan badan. Aku kemudian tepon kawan lama mase aku blaja kat Ipoh aku yg ade di penang ini, mula2 aku segan kerana beliau sudah pun bertunang, manalah tau tiba2 tunang beliau datang perambat(kejar) aku dgn parang hehehe... Aku Tanya beliau sama ade tak tempat sedap untuk aku makan malam, lalu beliau mencadangkan beberapa tempat yg sesuai untuk pegi makan. Selepas menjamu selera aku bersiar2 hingga hampir satu pulau itu aku ronda, kemudian aku pulang ke hotel lewat jam 0100hrs. Bangun pagi... gosok gigi... mandi... & aku sambung kembara ke utara tanah air ke Padang Besar, Perlis. Disitu aku terpegun dgn keluasan ladang tebu sehingga seluas mata memandang. Di situ aku dgn selamba shopping beberapa helai tshirt jenama terkenal seperti adidas (padahal siam mari). Aku memilih kelab baju yang ade lambang kelab bola Liverpool sebagai pilihan (kepada epul aku mintak maaf sebab tak belikan ape2 utk kau hehehe... jgn marah) Teringat juga aku ingin membeli sesuatu kepada seseorang itu tetapi tidak jadi kerana tak tahu nk beli ape utk dia hehehe... Dari padang besar aku ke jeti kuala perlis hanyalah untuk makan malam kerana dikatakan sotong masak tepung disana sedap. Aku oder ikan siakap tiga rase, sotong masak tepung, telur bungkus (semuanya RM47), Kenyang sungguh aku pada malam itu sehingga malas utk memandu pulang ke hotel di penang. Jadi kawan ku itu pandu pada malam itu. Malam tu aku sempat singgah sebentar di Bandar Alor Star dan sempat ronda2 di situ. Syukur kami selamat sampai di hotel semula. Esoknya aku bangun awal siap2 kemas barang utk check out (tak sempat mandi swimming pool). Aku jalan2 lagi kat penang utk carik kedai makan yg sedap kat situ. Aku makan kat lorong kulit ade satu kedai nasi ayam kat situ, nasik ayam dia mmg sedap. Tapi ramai jugak anak mami kat kedai tu lawa jugak diorang hehehe... Selepas itu aku keluar dari pulau itu untuk pulang ke rumah. Dgn mengikuti jalan lama aku singgah sebentar di Kuala Sepetang pada petang hari utk makan Mi Udang di gerai bernama Mak Jah. Mi Udang kat sini mmg best giler, dah la udang besar2 banyak pulak tu, satu pinggan ade lebih 10 ekor udang besar dan juga segar. Dengan sisa udang masih melekat dkt celah gigi, aku teruskan perjalanan pulang aku. Sampai kembali di Ipoh aku singgah sebentar untuk melihat pemandangan indah di gunung lang (tempat ni famous bagi pelajar KPTM Ipoh pergi dating terutama si epul). Jadi aku tangkap la skit beberapa gambar di situ. Alhamdullilah syukur nikmat kepada tuhan yang memberi rahmat, aku sampai dirumah. Tiba di rumah aku lihat abahku sedang bakar ikan yg dia pancing hehehe... makan sedap lagi...





Sebenarnya ini semua ringkasan sahaja dari kesuluruhan kembara aku ke utara, tak larat aku nk cite semua dan banyak giler gambar aku shoot tak larat nak letak kat sini. Sepanjang kembara aku ini aku ditemani oleh Naza Citra, Shell, Nikon D90(baru beli), Nokia N81, Ubat gigi Fresh&White, minyak wangi yg aku beli kat Adib, Kopi dlm Tin, DiGi (cewah mcm iklan pulak). Kawan baik aku tu dia tak nak nama dia di sebutkan disini kerana faktor2 privacy & dia juga berkata BIARLAH RAHSIA...






6 comments:

  1. hahahahaha kau mmg kuang hajaq... bukan nak belikan aku buah tgn...

    "Tiba2 aku terasa rindu plak dkt orang kat Ipoh ni..." Hhhmmmmm...

    gile ah.. da beli nikon.. tp dlu de owg kate kat aku xnak da pakai nikon... ntah la.. x paham aku...

    ReplyDelete
  2. lupe nak tulis lg satu perkare...

    owang keje hotel tuh tgk muke kau je die taw y kau tuh HomoxxXXX...
    x yah kate la...
    haishh...

    ReplyDelete
  3. malangnya bkn kamera aku... kamera kawan aku...

    ReplyDelete
  4. ahahahaa...mgkin gak hotel tu ingat azad tu HomoXXX..hahahaha...

    hebat la lu...

    ReplyDelete
  5. cantik gambar kat jambatan tuh... ambik sendiri ke copy dari internet

    ReplyDelete