23 November 2009

2 hari 1 malam di Gunung Nuang

Aku mula2 dengar epul nak gi tawan gunung nuang ni bersama2 kelab rakan muda (epul dia tak muda) aku pun terpaksa joint sbb nk tengok mamat ni sbb kaki dia bkn elok sgt (epul jgn marah dekat saya). Risau gak sebelum pergi sebab musim hujan sedang melanda di tanah air.



Lebih kurang 2 jam aku daki dari kaki bukit ke camp site (kem lolo) memang meletihkan, aku antara yg terawal sampai dekat camp site, jadi aku pacak khemah siap2 pastu aku rilek tunggu yang lain. Mase nak daki ke camp site, aku rilek je seberang sungai tu tanpa memikirkan henpon yg ade kt beg aku (beg GiVi (baru beli) aku kalis ujan jer), sedar2 henpon aku dah masuk air sepenuhnya tahap melampau nyer macam tuan dia gak. Aku bukak bateri pastu aku biar je, sebaik la boleh pakai balik (hebat Nokia Nseries ni...). Malam tu mmg best, masak ramai2, makan ramai2 pastu sambil rehat sambil ice breaking dgn yg lain sbb ade dari campus lain. Ade yg dr city campus tp br aku kenal, mcm yg guide kitorang tu baru sem 1, lokman name dia (terima kasih kerana banyak mengajar). Mcm apek, kamarozaman (KZ), jingo, mat pet, kahar, diorang ni penah Nampak tp tak penah tegur pun. Pedot, izzah ngan zaleha ni da penah jumpe. Pastu ade anis, syifa ngan yuyu diorang ni dari campus lain, seronok dpt brkenalan ngan diorang sume (sory ade yg aku tak tulis dalam ni). Malam tu sejuk melampau sampai cakap keluar asap, nak tido pun susah. Pagi tu bangun awal, siapkan sandwich utk bwk naik ke puncak. Pendakian yg penuh onak liku dan cabaran ditambah pula dgn lecak sebab hujan. Sampai kem pacat kami rilek jap pastu kami decide utk tidak meneruskan ke puncak sebab ujan da mula turun, adus... frust aku sebab tak dapat naik puncak time tu. Tapi kami bergambar sakan (gambar akan saya upload nnti) dekat kem pacat tu. Time turun dari kem pacat tu ke kem site tu la paling mencabar bagi aku sebab licin gile. Aku antara group yg didepan gak, tp ditinggalkan oleh Andrew, kahar, zarith, mat pet. Aku tertinggal berdua bersama anis, cuak gak la sebab depan tak ade orang, pandang blakang pun tak ade orang. Tiga kali anis ni jatuh mase nak turun tu... sebaik aku tak jatuh time turun tu tp rase nk jatuh lain ade la hehehehe... sampai camp site aku terus siap2 utk turun ke kaki bukit semula, aku mandi dulu kat sungai ramai2 pastu br kemaskan barang ngan khemah. Perjalanan turun dari camp site ke kaki bukit juga menyiksa kaki aku kerana turun bukit lagi sakit dari mendaki. Dah la aku pakai jungle boot (tajaan PDRM) kasut tu mane ade tapak lembut, jadi setiap batu yg aku pijak akan menyiksa lutut dan jari kaki aku.



Aku antara group yg awal sampai ke kaki bukit, jadi aku sempat mandi balik utk segarkan badan aku. Pastu sempat makan aiskrim bawah tu. Pastu kitorang lepak kt bawah tu tunggu yg lain. Memang satu pengalaman yg tak dapat dilupakan & aku rase seronok gile. Rugi kepada siapa yg tak pegi (terutama si rosnah & chenad KK).

Satu lagi semester sudah berakhir...

Huh... (aku mengeluh), sungguh berliku jalan aku di semester lepas ni. Macam2 perkara yg dah berlaku. Gila H1N1 punya sibuk, dgn shooting video clip & short movie utk subject DAVP (Digital Audio Video Production) lagi, pastu dgn Mdm Nor punya CSR Project dan assignment subject lain yg kecik2 tu pastu ditambah lagi dgn facebook dan juga karok(karaoke). Mula dengan DAVP, aku & the gang (Epul, Munirah & Adzannel) buat video clip lagu Peterpan Menghapus Jejakmu, buat shoot sekitar KL letih gak la... pastu time edit tu da pening sebab banyak sgt shoot yg diambil sampai dah boleh wat satu cerita pendek. Short movie pulak kitaorang buat hujung2 semester aritu sebab banyak benda lain yg datang mengacau seperti bulan puasa pastu lak raya pulak pastu dengan nak handle project lain. Tajuk short movie kitaorang tajuk Dialek.


Pasal subject PICOM 1 (Professional Communication 1), yeah...!!! terbaik punya subject, paling mentensionkan aku & paling bagi banyak pengalaman. Lecturer dia ialah Mdm Nor Hafizah, yg mula2 rase mcm horror gile nak masuk kelas dia tapi last2 ok jer. Tidak boleh cakap melayu nnti kena denda singgit. Utk subject ni dia mintak buat journal bagi setiap kelas dan setiap event yg berlaku. Benda wajib ialah performance class yang bertema 1 Malaysia, sungguh sukar tema 1 Malaysia ni, kerana idea aku sungguh limited. Nak berlatih satu hal, nak pilih lagu satu hal, nak choreograph dance satu hal, nak bagi semua sepakat satu hal. Jadi result dia kami kalah, itu pun sebab kasi chance group lain rase macam mane jadi juara sbb sem lepas kami la juara heheheh... Satu lagi event di bwh subject ini ialah Sport Day, kami buat kat Taman Tasik Perdana dkt2 dgn Bukit Aman(Tempat Keje Lama) ngan Parlimen. Sport Day ni punya cite pun bleh jadi panjang berjela. Main agenda Sport day ini ialah saje nk bersuke ria dgn permainan yg direka sendiri bagi setiap kelas. Adus... aku nk cite pun malu... tapi aku cerita gak la... kelas aku wat game menganyam ketupat itu idea aku sendiri sebab aku tahu menganyam. Second game kitaorang ialah makan hot dog dgn WASABI heeheheh... the most killer game... hehehe... seronok aku tengok muke budak2 yg makan hot dog aritu. Tapi ade yg tak best sikit sebab aku punya kelas participation very bad. Aku amat malu dgn kelas L03 (aku kelas L02) sebab diorang bagi 100% commitment dgn kelas diorang, dah la kelas dioarng sikit je orang dia, tapi best giler. Ok lah malas la aku nak cite benda ni lebih2 karang gaduh balik...

Ok pasal CSR (Corporate Social Responsibility) project lak (keje amal bakti) mmg banyak keje kena buat. Aku dah la Ketua kumpulan aku yg terdiri dari CheNad KK, Salmah eh! silap Salasiah, Wayne, Faisal(DAMN), En. Azmi. Kitaorang kena carik sponsor utk project ni, jadi aku saje2 la mintak kat Perodua Sdn Bhd mana tau tiba2 dioarang bagi ke... tiba2 aku dapat panggilan yg mengatakan diorang sudi mengsponsor project aku tu. Terkejut manusia aku (tak kan terkejut beruk pulak) dgr beritu gumbira tu. Aku antar proposal mintak RM 4000 tapi dioarang luluskan RM 2000 je. Alhamdullilah... dapat gak sponsor, bangga tahap dewa aku time tu. Jadi, aku gabung ngan kumpulan Epul & Azmil sebab aku ingat aku tak dapat sponsor tu, tapi elok gak aku gabung sebab duit banyak & aku perlukan lagi banyak orang tu support aku utk project ni. Jadi aku buat amal dekat Rumah Titian Kasih dkt Taman Tasik Titiwangsa. Mase aku buat event tu, Secara jujur nye aku ade rase la sedikit sedih bile terkonang kan nasib budak2 yg duduk kat rumah tu... kejap lepas tu kembali keras hatiku ni... hehehe... (ape kenalah ngan aku ni). Malam tu aku macam YB dah... Pakai baju melayu siap samping & songkok, pastu siap bagi duit raye kat anak2 yatim kat situ pastu siap bagi speech skit.




Banyak lagi benda yg terjadi pade sem ni tapi malas la aku nk tulis kat sini... biar je aku simpan cerita tu semua.

12 July 2009

Benda ape nih...!!!

1.Bila anda last kena marah?
- pagi2

2.Kena marah dengan siapa? letakkan nama penuh dia.
- Azad Majid (diri sendiri) kenapa bangun lewat sangat kan da terlepas nk ngorat awek duk sbelah umah (lawa dia mcm fasha sanda...)

3.Apakah tindakan anda bila kena marah?
- diam (pikir kalau dpt undur masa balik)

4.apakah perkataan pertama yang kluar selepas anda dimarahi?
- oh tahi! (oh shit!)

5.antara bentes kaki dan pijak kaki, mana pilihan anda jika didapati anda tidak bersalah?
- berani buat la kat aku, ingat aku patung ker

6.rasanya bile anda kena marah, anda akan lepaskan pada insan sekeliling? or siput tepi pasu?or pokon daun semalu?
- kat COMPANY OF HEROES

7.apakah ucapan anda kepada orang suka marah2?
- mcm Hitler la kau nih...

8. senaraikan beberapa orang yang anda rasa boleh jawab soalan ini?
- X payah la... soalan mcm x best jer...

14 June 2009

Aku & Utara Malaysia

Aku bersama ‘kawan baik’ aku bertolak dari rumah aku di Bukit Beruntung kira2 jam 1305hrs. Berbekalkan Naza Citra yang diliputi debu akibat malas untuk dibasuh sehinggakan cermin kereta itu semakin gelap. Tapi berbekalkan semangat untuk menyahut seruan kerajaan Malaysia untuk melancong di dalam Negara aku teruskan jugak perjalanan ini. Aku memilih untuk mengikuti jalan lama untuk memulakan kembara ini. Tiba di Bandar Ipoh pada lebih kurang jam 1600hrs kami rehat sebentar di Bandar ini. Aku flash back seketika sewaktu aku mengambil diploma di sini, sungguh banyak kenangan manis & pahit telah aku tempuh disini. Tiba2 aku terasa rindu plak dkt orang kat Ipoh ni... Lamunan aku terhenti (cewah mcm lagu aris ariwatan) kemudian aku teruskan perjalanan aku ke utara melalaui jalan yang ade TOLyol. Dari tol jelapang aku memecut enjin 2.0 tu dengan berhemah dan tidak sampai sejam sudah sampai di Jambatan Penang. Aku berada di atas jambatan itu sewaktu waktu puncak, so... jem lah seketika disitu. Sampai di pulau penang aku terus check in di sebuah hotel. Sewaktu check in aku memilih bilik untuk 2 orang, kemudian encik yg ade kat receptionist tu bertanyakan adakah aku membawa teman wanita ke hotel itu? Aku pun jawablah tidak. Jelas kelihatan muka encik itu tersenyum (hotel ini mengamalkan homoseksual ke?), aku terus ke bilek untuk mandi & segarkan badan. Aku kemudian tepon kawan lama mase aku blaja kat Ipoh aku yg ade di penang ini, mula2 aku segan kerana beliau sudah pun bertunang, manalah tau tiba2 tunang beliau datang perambat(kejar) aku dgn parang hehehe... Aku Tanya beliau sama ade tak tempat sedap untuk aku makan malam, lalu beliau mencadangkan beberapa tempat yg sesuai untuk pegi makan. Selepas menjamu selera aku bersiar2 hingga hampir satu pulau itu aku ronda, kemudian aku pulang ke hotel lewat jam 0100hrs. Bangun pagi... gosok gigi... mandi... & aku sambung kembara ke utara tanah air ke Padang Besar, Perlis. Disitu aku terpegun dgn keluasan ladang tebu sehingga seluas mata memandang. Di situ aku dgn selamba shopping beberapa helai tshirt jenama terkenal seperti adidas (padahal siam mari). Aku memilih kelab baju yang ade lambang kelab bola Liverpool sebagai pilihan (kepada epul aku mintak maaf sebab tak belikan ape2 utk kau hehehe... jgn marah) Teringat juga aku ingin membeli sesuatu kepada seseorang itu tetapi tidak jadi kerana tak tahu nk beli ape utk dia hehehe... Dari padang besar aku ke jeti kuala perlis hanyalah untuk makan malam kerana dikatakan sotong masak tepung disana sedap. Aku oder ikan siakap tiga rase, sotong masak tepung, telur bungkus (semuanya RM47), Kenyang sungguh aku pada malam itu sehingga malas utk memandu pulang ke hotel di penang. Jadi kawan ku itu pandu pada malam itu. Malam tu aku sempat singgah sebentar di Bandar Alor Star dan sempat ronda2 di situ. Syukur kami selamat sampai di hotel semula. Esoknya aku bangun awal siap2 kemas barang utk check out (tak sempat mandi swimming pool). Aku jalan2 lagi kat penang utk carik kedai makan yg sedap kat situ. Aku makan kat lorong kulit ade satu kedai nasi ayam kat situ, nasik ayam dia mmg sedap. Tapi ramai jugak anak mami kat kedai tu lawa jugak diorang hehehe... Selepas itu aku keluar dari pulau itu untuk pulang ke rumah. Dgn mengikuti jalan lama aku singgah sebentar di Kuala Sepetang pada petang hari utk makan Mi Udang di gerai bernama Mak Jah. Mi Udang kat sini mmg best giler, dah la udang besar2 banyak pulak tu, satu pinggan ade lebih 10 ekor udang besar dan juga segar. Dengan sisa udang masih melekat dkt celah gigi, aku teruskan perjalanan pulang aku. Sampai kembali di Ipoh aku singgah sebentar untuk melihat pemandangan indah di gunung lang (tempat ni famous bagi pelajar KPTM Ipoh pergi dating terutama si epul). Jadi aku tangkap la skit beberapa gambar di situ. Alhamdullilah syukur nikmat kepada tuhan yang memberi rahmat, aku sampai dirumah. Tiba di rumah aku lihat abahku sedang bakar ikan yg dia pancing hehehe... makan sedap lagi...





Sebenarnya ini semua ringkasan sahaja dari kesuluruhan kembara aku ke utara, tak larat aku nk cite semua dan banyak giler gambar aku shoot tak larat nak letak kat sini. Sepanjang kembara aku ini aku ditemani oleh Naza Citra, Shell, Nikon D90(baru beli), Nokia N81, Ubat gigi Fresh&White, minyak wangi yg aku beli kat Adib, Kopi dlm Tin, DiGi (cewah mcm iklan pulak). Kawan baik aku tu dia tak nak nama dia di sebutkan disini kerana faktor2 privacy & dia juga berkata BIARLAH RAHSIA...






07 June 2009

Ergebnis ausgeklinkt (Result da keluar)

Alhamdullilah... syukur... Gott sei Dank!...(bahasa german bermaksud = thank goodness)
hiernach discreete math, ich hasste (bahasa german bermaksud = lepas ni discreete math, aku benci)

11 May 2009

satu lagi kata2 yang aku terfikir...

mmg malas nak karang, sbb tu x banyak post tiba2 mlm td sebelum tidor terpikir ayat ni plak.

"... be cruel to be kind..." best giler ayat nih... ade maksud dia tersendiri

02 April 2009

Renungan Untuk Hari-Hari (Bukan Hari Ni Jer)

"...Masih jauh danberliku jalan kita... Hari ini jalan ini pasti semakin berliku, kerana masa depan belum menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah & mudah kecewa...

hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda yang berjaya..."

Tun Dr. Mahathir Mohamad

Kita sama-sama renungkan...